BONUS POINTS CIMB Clicks dan Cara Untuk Menebus.
Anda familiar dengan laman web atau aplikasi perbankan internet? Kebanyakan antara kita sekarang lebih senang menggunakan sistem perbankan internet kerana ia lebih mudah untuk dicapai dan menjimatkan masa. Walau bagaimanapun, langkah-langkah keselamatan seperti perlindungan data peribadi dan kata laluan perlu diambil kira sekiranya anda ingin menggunakan sistem ini. Hal ini kerana segala maklumat dan perincian data akan berlegar-legar di internet dan sekiranya tidak dikawal selia, perkara seperti kecurian data dan wang simpanan boleh berlaku tanpa kita sedar.
Baiklah, cukup tentang langkah keselamatan, kita beralih kepada topik wow kita kali ini iaitu MATA GANJARAN atau BONUS POINTS. Benda baik macam ni kena kongsi untuk kemaslahatan ummah. Saya nak kongsi mana lah tahu ada yang masih tak tahu tentang kewujudan ganjaran seumpama ini. Mula-mula saya nak highlight yang ganjaran ini sah terkumpul dan digunakan atau ditukar kepada cash dalam tempoh setahun sahaja. Jadi, memang elok sangatlah sekarang ni pun dah masuk bulan Disember memang sesuai sangat kalau nak tukar point ke cash atau rewards.
Persoalannya sekarang, macam mana nak pastikan yang akaun CIMB Clicks anda mempunyai BONUS POINTS? Sekiranya anda seorang yang kerap membeli-belah di atas talian, sudah tentu anda antara yang paling layak untuk mendapatkan mata ganjaran ini. Okey, jom kita periksa akaun masing-masing.
Langkah 1: Login ke akaun CIMB Clicks di CIMB Clicks
Langkah 2: Tekan pautan REWARDS
Langkah 3: Skrin akan paparkan BONUS POINTS terkumpul pada tarikh anda Login. Saya punya sikit jer*nangis tak dapat nak redeem.
Langkah 4: Pilih CATEGORY yang anda suka *anda perlu memilih CATEGORY yang bersesuaian menurut jumlah BONUS POINTS yang terkumpul.
Langkah 5:
Selepas memilih di ruang CATEGORY, *contoh yang saya ambil ialah CASH BACK.
Paparan di bawah akan keluar.
Anda perlu isikan bilangan mata ganjaran yang anda ingin tebus.
Disitu ada dipaparkan yang jumlah mata ganjaran minimum untuk menukar ke wang sebanyak RM100 iaitu 40000 BONUS POINTS. Anda mampu? Saya belum mampu.
Kesimpulannya, anda perlu ada BONUS POINTS yang mencukupi untuk tujuan tebusan mata ganjaran. Bagi mereka yang kerap membeli-belah di atas talian dan mempunyai BONUS POINTS yang mencukupi atau lebih, selamat mencuba dan buatlah pilihan yang bijak.
Sekian entry kali ini. Diharapkan entry kalini dapat menambah pengetahuan dan bermanfaat untuk lebih ramai pengguna sistem perbankan internet terutama CIMB Clicks. Untuk entry seterusnya saya akan review beberapa produk yang saya beli di laman jualan online seperti Shopee, Lazada dan lain-lain.
Wassalam and nice day ahead. ☺
Kalau takde cimb click tak boleh nak redeem ke?
BalasPadamBoleh tebus dekat omi
PadamAcik
BalasPadamMacam mana nak banyakkan rewards tu ye ..dah tengok td hanya 7point je
BalasPadamAdakah perlu register DUITNOW OR n DUITNOW ID utk mengumpul point
BalasPadamAku rase tak payah harap sangat la bonus point cimbclick ni..skali nk tebus punyala besar sampai 40k points😂..sampai ke tua la jawabnye tak merasa penebusan point tu..org kaya yg selalu bolela senang dpt🤣..rakyat marhaen mcm aku ni mane la suka blanje2 sngt😂
BalasPadamHarrah's Cherokee Casino & Hotel - Mapyro
BalasPadamGet directions, 군산 출장샵 reviews and 안동 출장마사지 information for Harrah's Cherokee Casino & 영천 출장안마 Hotel in Cherokee, 서울특별 출장마사지 NC. casino, resort, poker room, bowling alley, convention center. 남양주 출장안마
Tudia aih 40k baru dapat cashback. Nak bagi ke taknak
BalasPadam40K LOL😂
BalasPadamArtikel ini sangat bermanfaat bagi pengguna CIMB Clicks yang ingin menebus mata ganjaran mereka. Penjelasan langkah demi langkah yang mudah difahami membuatkan proses penebusan lebih jelas dan memudahkan pengguna untuk memanfaatkan mata ganjaran yang terkumpul. Ini adalah panduan berguna untuk memastikan tiada mata ganjaran terbiar begitu saja, terutama sekali menjelang akhir tahun. Sesuai untuk sesiapa yang kerap menggunakan perbankan dalam talian dan ingin memaksimumkan faedahnya.
BalasPadam